Hot Line: +6017-300 7878

SC CREATIVE SDN BHD (722659-D)

Towards World Class Training | Team building | Soft Training | 4x4 Team building | Malaysian Most Popular Training Provider | 4 4 | sport team building | Motivation | Motivasi Power | Zoom Power Motivasi

Kenapa anda perlu upah seseorang untuk buat website bagi pihak anda? 

Untuk membina sesebuah website yang kemas dan tersusun. Anda perlu mempelajari beberapa bahasa pencaturan iaitu HTML,CSS,JAVASCRIPT,PHP & MySQL Untuk mempelajari kelima-lima ini, barangkali anda perlu melaburkan masa yang begitu panjang untuk memahami asasnya. Anda juga perlu menghadiri kelas yang mungkin kosnya boleh mencecah ribuan ringgit.


Tugas sebenar anda

Jika anda merupakan perniaga online. Tugas anda yang sebenarnya adalah mempromosikan produk/servis anda di laman sosial samada dengan membeli iklan atau membuat post yang menarik. Bukan menghabiskan masa untuk membina laman web dimana masa itu boleh digunakan untuk berjumpa dengan client. Anda perlu fokus kepada pemasaran untuk sentiasa memastikan ada jualan yang mengcukupi sasaran pada setiap bulan supaya anda boleh membiayai kos operasi bulanan perniagaan anda.


Kita tidak mampu untuk membuat semua benda dengan seorang diri

Kita tidak mampu untuk membuat semua perkara dengan seorang diri

Ini merupakan realiti.  Kami sendiri tidak mampu untuk membuat semua benda. Kami juga perlu bergantung kepada pihak lain untuk memberi sokongan kepada operasi bisnes kami. Contohnya dalam bidang jualan. Kami perlu mengupah sale agent untuk mencariclient baru bagi pihak kami. Walaupun kami tahu bagaimana untuk membuat jualan, kami perlu mengupah pihak lain untuk melakukannya kerana kami tidak mempunyai masa yang mencukupi untuk buat semua perkara.


Agama dan keluarga lebih utama dari kerja

Masa anak-anak kita membesar hanya sekali sahaja. Pada masa itu kita perlu memberi fokus dalam mendidik mereka. Jika mereka sudah besar, agak sukar untuk dibentuk semula dan semua ini perlu menggunakan masa. Masa adalah suatu perkara yang diluar kawalan kita dan masa tidak akan menunggu kita.


Apa keuntungan yang anda dapat?

Anda dapat menjimatkan masa dan tidak perlu menyusahkan diri memikirkan bagaimana untuk membuat website. Duit yang anda belanjakan sebenarnya digunakan untuk membeli masa. Nilai masa tidak dapat dihitung dan anda telah menjimatkan masa barangkali masa untuk kadar satu bulan. Bayangkan berapa ramai pelanggan yang anda dapat berjumpa dalam tempoh satu bulan. Mungkin anda telah dapat menjana keuntungan jualan yang melebihi kos untuk mengupah seseorang membina laman web.


Lokasi website adalah di Malaysia

Website yang bakal dibina lokasinya adalah di Malaysia bagi memastikan rakyat Malaysia mengakses website anda dengan lebih pantas. Jika anda perasan ketika melayari sesetengah website yang lokasinya jauh contohnya seperti U.S, anda perlu tunggu website itu lebih lama daripada biasa. Bayangkan pelanggan anda melayari website anda dan dapati ianya begitu perlahan, belum sempat mereka baca, mereka dan keluar. Kelajuan dan lokasi adalah penting.


Menerima bayaran melalui bank tempatan dan proses secara automatik

Dengan sedikit pelaburan tambahan. Website anda dapat menerima pembayaran terus melalui bank tempatan. Contohnya Maybank, CIMB dan Bank Islam. Selepas pelanggan membuat pembayaran, sistem akan mengesahkan bahawa pembayaran itu berjaya dan lengkap. Anda tidak perlu lagi periksa lagi resit pembayaran dari pelanggan. Iainya telah masuk ke akaun anda di dalam pembekal payment gateway.


Kad Kredit dan Kad Debit

Anda juga boleh menerima pembayaran melalui Kad Kredit atau Kad Debit. Anda tidak perlu risau jika mendapat pelanggan dari negara lain kerana mereka dapat membeli produk anda dengan menggunakan Kad Kredit dan Kad Debit.


Tempat Rujukan

Bagi yang tiada pengalaman dalam perniagaan online, tidak perlu khuatir. Kami sebagai pembekal perkhidmatan tidak akan meninggalkan anda seorang diri dalam dunia online. Kami cuba sedaya upaya untuk berkongsi pengalaman kami bagi membantu anda untuk naik di dalam dunia online.


Latihan diberikan

Latihan akan diberikan dengan syarat anda sendiri datang ke tempat latihan. Buat masa ini kami mengadakan kelas one to one kepada yang ingin belajar bagaimana untuk membina laman web dengan kadar harga RM899. Bagi pelanggan kami yang menggunakan khidmat kami untuk membina website. Anda boleh datang ke kelas dan belajar apa-apa yang berkaitan dengan penggunaan website anda dan cara pemasaran. Iainya percuma. 


Kumpulan yang positif

Untuk berniaga online, tidak dinafikan anda memerlukan suasana yang positif. Suasana yang negatif boleh membuatkan anda putus asa. Jangan malu dan segan anda boleh sahaja berbincang atau berwhatsapp untuk bertanya mengenai cara-cara perniagaan online. Kita sama-sama berjaya dalam perniagaan online.


Strategi Pemasaran

Kami juga perniaga seperti anda. Kami akan kongsikan pengalaman kami dalam pemasaran. Anda boleh ambil input-input yang bersesuaian dengan perniagaan anda dan gunakan untuk menaikkan perniagaan anda. Setiap perniagaan mempunyai strategi pemasaran yang berlainan.